Cara Atasi Masalah Gout dengan Vivix
Apa Itu Penyakit Gout?
Gout adalah keradangan disekitar sendi yang disebabkan oleh lebihan
asid urik dalam darah. Pesakit yang mengalami masalah Gout terasa amat sakit
apabila masalah ini muncul. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan
pembentukan kristal di sekitar sendi terutamanya ibu jari kaki atau sekitar
sendi..
Mengapa ibu jari kaki atau sendi yang menjadi sasaran? Ini
kerana kristal asid urik akan terbentuk dengan lebih cepat di bahagian badan
yang sejuk.
Apakah Sebab Gout?
Dulu ramai yang berfikir bahawa sakit gout ini disebabkan oleh
kristal tajam yang menusuk tisu disekeliling sendi. Walaubagaimanapun, saintis
kini telah mendapati bahawa kristal Asid Monosodium Urate (MSU) – Nama teknikal
bagi kristal asid urik – telah menyebabkan berlakunya tindak balas luar biasa
pada imun sistem kita yang menyebabkan bengkak dan keradangan yang sangat
menyakitkan.
Imun sistem anda melihat kristal ini sebagai objek asing dan
menyerang mereka dengan cara yang sama mereka menyerang bakteria merbahaya.
Tindak balas imun sistem inilah yang menyebabkan kesakitan yang sangat teruk
yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang mengalami masalah gout.
Salah satu cara untuk mengelakkan gout adalah dengan
mengurangkan kerosakan pada sel dan seterusnya akan dapat mengurangkan pengeluaran
kristal asid urik.
Sel-sel akan rosak akibat pengoksidaan yang berlebihan daripada
radikal bebas dan keradangan
7 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Pengoksidaan
Dan Keradangan Yang Boleh Merosakkan Sel-Sel:
1. Pola diet
yang tidak seimbang
2. Terlalu
banyak tekanan/stress
3. Fizikal
Trauma (seperti kemalangan, kecederaan, pendedahan terhadap cahaya matahari
secara berlebihan)
4. Patogen
(Virus, bakteria)
5. Kekurangan
bekalan darah/oksigen (tekanan darah tinggi, merokok, strok, sakit jantung)
6. Bahan
kimia dan toxin
7. Obesiti
8 Makanan Yang Pesakit Gout Tidak Boleh Makan:
1. Kekapis
dan daging
§ Kurangkan
pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit.
Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah
sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.
2. Ikan
Herring
§ Ada
beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang
perlu dielakkan terus.
§ Ianya
seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.
§ Namun,
makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat
untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini
juga boleh mengundang gout.
3. Minuman
beralkohol
§ Pengambilan
minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam
Islam pun tak boleh ambil minuman ini)
§ Ia
bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban
kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.
4. Daging
merah (yang tidak di masak dengan betul)
§ Kandungan
purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan
lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.
§ Namun,
sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu
berbanding daging ayam belanda dan kambing
5. Ayam
belanda
§ Daging
ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging
lain. Jadi cuba elakkannya.
§ Ayam
(selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat.
Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding
bahagian dada dan kulit
6. Minuman
manis
§ Elakkan
pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa
seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu.
§ Pengambilan
minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan
menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik
7. Asparagus
§ Walaupun
asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara
sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan
cendawan.
§ Tapi
sekiranya anda sangat gemarkan sayuran ini, boleh diambil pada kadar yang
sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada
daging merah.
§ Diet
sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana
badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang
lain
8. Hati
§ Organ
dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout
ni.Video macam mana Sarah kekal sihat dengan melakukan Detox
Mudah SMS/whatsapp: 017-3559047
Fb: Hasniza
Fanpages: Mizzkuntum
Email: nizapc@gmail.com
Comments
Post a Comment